Pahang | 20 Mac – KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibn Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli menyempurnakan dan bersama – sama dalam Pahang Hiking Day di Bukit Merah, Padang Piol, Jerantut. Turut hadir Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy Bin Wan Ismail.
Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah hadir dalam program tersebut.
Program diadakan bertujuan mempromosikan tempat menarik untuk aktiviti mendaki dan pelancongan yang ada di negeri Pahang. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang.
Turut diadakan lawatan ke Majlis Belia Daerah Jerantut bagi melihat perkembangan pelaksanaan Digital Hub yang diusahakan.