Kuala Lumpur | 27 Mac -Saudara Jufitri Joha,Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri majlis penyerahan watikah perlantikan kepimpinan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) yang baharu.

Di sampang itu, saudara Jufitri turut mengambil kesempatan berdialog dengan kepimpinan GEPIMA yang hadir daripada seluruh negara tentang isu isu pembangunan belia dan negara.

Antara isu isu menarik yang dibangkitkan adalah isu menurunkan bayaran lesen memulakan perniagaan pengurup wang untuk belia, isu status India Muslim, forex, perpaduan dan pendidikan. Turut serta adalah saudara Mohamed, Presiden Gepima, Encik Mohamed Penasihat Gepima dan saudara Syed Osman, Exco MBM.

Mungkin imej 3 orang, orang berdiri dan dalam

Leave a Reply

Translate »