MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Di KJOM Kota Marudu

Sabah | 15 – 17 Ogos 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Borneo 1 yang berlangsung di Kampung Tagaroh, Kota Marudu. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini menghimpunkan penyertaan belia dari seluruh Sabah dan Labuan.

Dengan konsep tinggal bersama keluarga angkat, peserta program termasuk Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, yang turut merasai pengalaman sebagai sebahagian daripada komuniti setempat. Kehadiran beliau menceriakan suasana apabila beramah mesra bersama penduduk kampung dalam keadaan santai dan penuh mesra.

MBM diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr. Farhan Rosli, bersama Ketua Penerangan, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin serta Exco MBM, Sdr. Adzim.

Turut serta, Majlis Belia Sabah (MBS) bersama MBM membuka booth penyertaan ahli persatuan serta mempromosikan aktiviti belia.

MBM dan KBS turun bersama menghadiri Seminar Usahawan MADANI: Keusahawanan Sosial yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri KBS. Program yang berlangsung di Dewan Khayu Manis, Kota Marudu, Sabah

Pada hari akhir MBS turut berkongsi dalam slot khas serta sesi Town Hall bersama YB Timbalan Menteri dan MBM bagi memberi ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan serta idea mereka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »