MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM di Big Tulip Summit 2024

KUALA LUMPUR 24 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Puan Asya Rahman telah menghadiri OYAGSB UUM Big Tulip Summit 2024 bertemakan “CatalystHER: Enriching Business and Society” di Hotel Renaissance di sini.

Program anjuran Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia ini memperlihatkan kepelbagaian dan keterangkuman aspek penting memperkasa wanita dan pemimpin muda dalam sektor perniagaan dan masyarakat.

Sidang kemuncak tahun ini telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, manakala syarahan utama disampaikan oleh Tan Sri Rafidah Aziz, Profesor Adjung OYAGSB.

Program ini telah diiktiraf sebagai National Women Inspiring Women Programme oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyediakan platform untuk peserta mengasah bakat kemahiran kepimpinan dan merapatkan jaringan melalui perbincangan dan kerjasama.

Penyertaan MBM dalam program ini, melalui Puan Asya Rahman menonjolkan komitmen organisasi dalam menyokong pembangunan kepimpinan belia sebagai agen perubahan positif.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »