MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan YB Mas Ermieyati bincang gerak kerja jayakan pelaksanaan Undi 18

KUALA LUMPUR 28 Sep – Telah berlangsung sesi libat urus dan perbincangan awal Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama YB Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Akademi Pilihan Raya bagi membincangkan gerak kerja dan kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan Undi18.

Pertemuan susulan akan dirancang bagi menjayakan agenda ini meliputi dialog bersama Menteri, bengkel, pembentukan jawatankuasa bersama dan kempen literasi politik.

Turut sama dalam pertemuan ini Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan barisan Exco MBM, Sdri. Kavita Maheendran, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Sdr. Mohamad Nazri Abd Latif dan Sdr. Mohd Faiz Suhaimi serta Ketua Aktivis MBM, Sdr. Fahami Ashrof merangkap Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »