Phnom Penh, 25 Feb 2015
Sesi dialog di antara Majlis Belia Malaysia bersama Union of Youth Federations of Cambodia (UYFC)
Presiden MBM Mua’amar Ghadafi Jamal bersama Presiden UYFC Hun Many bersama berkongsi maklumat serta saling bertukar pendapat mengenai MBM dan UYFC serta pembangunan belia di negara masing-masing.
Turut hadir peserta program We Care Cambodia (Pyeabaal 2.0) pelajar-pelajar MMU Cyberjaya seramai 21 orang yang telah menjalankan program tersebut di wilayah Kratie, Kemboja selama 5 hari berkongsi turut pengalaman mereka semasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Kratie.
Setelah selesai sesi dialog, Majlis menandatangi MOU diantara MBM bersama UYFC diadakan bagi memeterai persefahaman diantara kedua pihak dalam merialisasikan rancangan pembangunan belia di kedua-dua negara.
Phnom Penh, 26 Feb 2015
Kujungan hormat oleh MBM ke Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan mengadakan pertemuan Duta Malaysia ke Kemboja T.Y.T. Amb. Raszlan Abdul Rashid pada 26 Feb 2015.
Saudara Presiden Mua’amar Ghadafi Jamal bersama Setiausaha Agung Saudara Ahmad Saparudin Yusup serta bekas presiden MBM Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee serta wakil Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC).
Kedutaan Malaysia di Kemboja telah banyak membantu MBM semasa menjalankan program-program di Kemboja terutamanya dari sudut pengurusan logostik bagi program-program tersebut.
Selain itu perjumpaan tersebut juga dapat merapatkan hubungan diantara MBM serta kedutaan disamping memaklumkan program-program belia akan datang yang bakal diadakan di Kemboja.