MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan SPRM Perkukuh Kerjasama Dalam Pemantapan Integriti Belia

KUALA LUMPUR | 6 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan daripada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma MBM dalam usaha memperkukuh kesedaran serta integriti dalam kalangan belia.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Puan Kho Lees Yee, bersama dua orang pegawainya.

Perbincangan tersebutt melibatkan Setiausaha Agung MBM; Sdr. Farhan Rosli, Bendahari Kehormat; Sdr. Izham Ahmad, serta Exco MBM; Sdr. Eow Shiang Yen yang menumpukan kepada aspek tadbir urus dan inisiatif pemantapan integriti dalam kepimpinan belia.

Turut hadir, Presiden MBM; Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid yang menyampaikan buletin aktiviti MBM kepada pihak SPRM.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk program pengurusan dana secara berintegriti bersama kepimpinan belia serta program pencegahan awal rasuah yang melibatkan golongan muda.

Selain itu, SPRM turut mencadangkan penubuhan pasukan editorial khas bagi mendidik serta menyebarluaskan maklumat berkaitan integriti dalam kalangan belia.

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat melahirkan generasi belia yang berintegriti serta kepimpinan yang bebas daripada sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »