MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan PIMPIN UITM: bersama jayakan Nusantara Youth Forum!

KUALA LUMPUR 7 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada PIMPIN UiTM sebuah organisasi alumni Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa kepimpinan muda.

Perbincangan yang berlangsung penuh semangat ini bertumpu pada cadangan oleh PIMPIN untuk menjayakan Nusantara Youth Forum, sebuah platform dinamik yang bakal menghimpunkan belia serantau pada bulan Jun tahun ini.

MBM menyambut baik inisiatif ini dan komited untuk berganding bahu dengan PIMPIN UiTM bagi memastikan kejayaannya. Forum ini bukan sekadar acara biasa – ia adalah ruang transformasi idea, inovasi, dan jaringan strategik yang akan mencorakkan masa depan kepimpinan belia dan memperkukuh pembangunan negara!

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi bersama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli menegaskan bahawa kolaborasi antara belia dan alumni adalah kunci dalam membangunkan platform yang mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

Delegasi PIMPIN UiTM diketuai Presidennya, Abang Mohd Hafizie Abang Bunsu bersama Muhammad Syafiq Mat Nazari, Setiausaha Agung PIMPIN, Shamellya Norazizi, Pengarah Projek Khas dan Antarabangsa dan Muhammad Haziq Sabri, YDP MPP UiTM Shah Alam turut berkongsi visi mereka dalam memperkasakan alumni sebagai agen perubahan belia.

Lebih daripada sekadar pertemuan – ini adalah sinergi! MBM dan PIMPIN UiTM bersatu dalam usaha membangunkan belia berdaya saing, inovatif, dan berpengaruh di peringkat nasional dan serantau. Nantikan impak besar yang bakal dicipta!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »