MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan KBS Gerakan Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL)

Putrajaya | 7 Januari 2026 —YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Bantuan Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, serta Sdr. Azman Azeez, Timbalan Presiden MBM.

Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara MBM dan KBS menerusi inisiatif Rakan Muda di bawah segmen Rakan Prihatin, dengan penglibatan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Menerusi inisiatif #projectunderwear, sebanyak 852 set sumbangan telah disediakan untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Sumbangan tersebut merangkumi pakaian dalam dan tuala wanita, seluar dalam lelaki serta set ubat gigi, bagi membantu keperluan asas mangsa pasca bencana.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »