Putrajaya |15 Mac -Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) memudahcara pertemuan Jawatankuasa Penaja Persatuan Belia Industri Kreatif (B Creative) bersama YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan bagi membincangkan kerjasama membangunkan kelompok belia industri kreatif.
Turut dibentangkan kertas cadangan Projek Kreatif Covid-19. YB Menteri memberikan respon yang amat baik dan meminta B Creative untuk bersama-sama menjayakan Hari Belia Negara dengan aktiviti industri kreatif.
Sementara menunggu pendaftaran B Creative lulus di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), B Creative diletakkan di bawah naungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan dipimpin saudara Khairul Rizam.Belia industri kreatif meliputi bidang muzik, teater, lakonan, cosplay dan komik.Turut sama Dato’ Dr. Wasitah Yusof Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara.

