MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dalam mengantarabangsakan belia

Putrajaya, 15 Mei 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menganjurkan Konvensyen Pemerkasaan Belia Negara 2014 bertemakan Pengantarabangsaan Belia Malaysia sempena Hari Belia Negara 2014. Seramai 1000 orang peserta telah menyertai Konvensyen ini yang berlangsung seawal jam 9 pagi di Pusat Konvesnyen Antaranbangsa Putrajaya.

Ucapan aluan oleh Timbalan Presiden MBM, Muammar Ghadafi Datuk Jamaludin
Ucapan aluan oleh Timbalan Presiden MBM, Muammar Ghadafi Datuk Jamaludin

Konvensyen ini bertindak sebagai wadah perbincangan dan seterusnya memperluas sudut pandang belia melalui penglibatan di peringkat antarabangsa dan tempatan bagi menjayakan matlamat Negara maju dan merangka Agenda Pembangunan Pasca-2015.

Prof. Madya Dr Haslinda Abdullah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia
Prof. Madya Dr Haslinda Abdullah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia

Konvensyen kali ini telah menampilkan tiga orang pembentang dari pelbagai latarbelakang. Terbahagi kepada dua sesi, Prof. Madya Dr Haslinda Abdullah, dari Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia telah membincangkan mengenai kedudukan belia Malaysia pada hari ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dan menyentuh beberapa aspek realiti keadaan belia masa kini dalam sesi satu.

Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman Penolong Setiausaha Agung, Union NGOs of The Islamic World (UNIW)
Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman Penolong Setiausaha Agung, Union NGOs of The Islamic World (UNIW)

Sesi dua yang menampilkan Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman Penolong Setiausaha Agung, Union NGOs of The Islamic World (UNIW) dan En Rushdi Abdul Rahim, Pengarah Malaysian Foresight Institute (myForesight) merangkap Senior Vice President MIGHT. Kedua mereka membincangkan mengenai cabaran global pasca 2015 yang melibatkan diplomasi dan sifat kesukarelaan serta mengenai kecenderungan, arah aliran dan mega trend yang perlu dihdapi oleh belia Malaysia.

En Rushdi Abdul Rahim, Pengarah Malaysian Foresight Institute (myForesight)
En Rushdi Abdul Rahim, Pengarah Malaysian Foresight Institute (myForesight)

Peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang ini telah aktif melontar idea dan persoalan dalam kedua-dua sesi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »