SYDNEY 7 Jun – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, MBM Australia Chapter telah menganjurkan Program Agihan Daging Korban buat julung kalinya kepada para pelajar Malaysia yang menetap di Australia.
Program ini diketuai oleh Sdr. Haiqal Syahid bersama barisan kepimpinan MBM Australia Chapter dengan kerjasama Argrow Farm Oceania dan Kaybix. Menerusi inisiatif ini, agihan daging korban telah dijalankan secara terancang bagi memastikan pelajar di perantauan dapat merasai kemeriahan sambutan Aidiladha, walaupun jauh dari tanah air.
Lebih daripada sekadar agihan makanan, program ini bertujuan menyemai nilai-nilai pengorbanan, perpaduan, dan kasih sayang sesama insan – bertepatan dengan semangat dan pengajaran dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.
💬 “Usaha kecil ini diharap menjadi penyambung ukhuwah dan pengukuh semangat komuniti pelajar Malaysia di luar negara,” ujar Sdr. Haiqal Syahid.








