MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM anjur Program Sinar Kasih Ramadan, Ringankan Beban Pelajar Menjelang Syawal

PETALING JAYA 13 Mac – Program Sinar Kasih Ramadan telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima sumbangan sempena bulan ramadan dan menjelang syawal. Seramai 80 orang murid menerima sumbangan berupa duit raya dan barang keperluan asas.

Sdr. Hasnul Haniff Harun, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, hadir untuk merasmikan program dan menyampaikan sumbangan kepada para pelajar. Kehadiran beliau menunjukkan komitmen Majlis Belia Malaysia untuk menyokong inisiatif kebajikan dan membantu komuniti setempat.

Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga para pelajar dan membuat mereka gembira menyambut Aidilfitri.

Program Sinar Kasih Ramadan ini berjaya menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Ini terutama dalam membantu golongan pelajar yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »