MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM angkat tema perpaduan hidupkan bulan Ramadan

Majlis Belia Malaysia (MBM) komited mengimarahkan bulan Ramadan 1447H dengan mengangkat tema perpaduan melalui pelbagai program yang menghimpunkan belia dari pelbagai latar belakang.

Menerusi inisiatif Jelajah Imarah Ramadan, MBM akan bersama-sama Majlis Belia Negeri dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) akan bersama-sama mengadakan program latihan komuniti bagi memperkukuhkan kesedaran perpaduan dan nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat bagi mengakarumbikan mesej Malaysia MADANI.

MBM juga akan bersama badan gabungan induk MBM menyantuni golongan yang memerlukan bagi memastikan bulan yang berkat ini dihidupkan dengan penuh rasa keinsafan demi menyemai semangat kemanusiaan.

Sebagai kemuncak kegiatan Ramadan MBM, Majlis Berbuka Puasa Perpaduan Belia Malaysia akan diadakan pada 22 Mac 2025 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur dengan sasaran kehadiran seramai 250 orang peserta terdiri daripada kepimpinan belia pelbagai etnik dan agama serta pemimpin agama utama di Malaysia.

Program anjuran Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional MBM ini turut mendapat kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dijangka dirasmikan isteri YAB Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kehadiran pemimpin belia pelbagai agama dan kaum, majlis ini bertujuan memperkukuh jaringan kepimpinan serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

MBM percaya bahawa Ramadan bukan sekadar bulan ibadah tetapi juga peluang menyuburkan keharmonian dan persefahaman.

Semoga inisiatif ini menjadi langkah ke arah membina masyarakat Madani yang lebih bersatu padu dan progresif.

AHMAD FARHAN ROSLI

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 10 Mac 2025 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »