MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM amat bimbang sektor kredit komuniti diberikan kebenaran beroperasi

Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa amat bimbang apabila baru-baru Kerajaan bersetuju membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi berkuat kuasa serta-merta.

Ini berikutan kes tekanan mental berkaitan pinjaman kredit komuniti semakin membimbangkan dan aduan berkaitan syarikat pinjaman berlesen semakin meningkat khususnya dalam keadaaan pandemik.

Justeru MBM:

1.) Menggesa KPKT memantau syarikat berkaitan KK dan PPW dengan lebih ketat agar tiada manipulasi terhadap rakyat yang sedang terdesak. Rakyat yang terdesak amat terdedah kepada manipulasi;

2.) Menggesa sektor KK dan PPW juga perlu memberikan moratorium kepada peminjam sepanjang tempoh PKP 3.0 atau fasa pertama Pelan Pemulihan Negara sebagai suatu tanggungjawab sosial kepada rakyat;

3.) Pihak Bank harus memikirkan kaedah sementara memudahkan pemberian pinjaman dengan konsep pinjaman kewangan sosial tanpa faedah dan pembayaran semula dilewatkan sehingga selepas 6 bulan pinjaman;

4.) Kerajaan terus fokus meringankan beban rakyat dengan moratorium untuk semua, pakej bantuan yang bakal diumumkan termasuk berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH

Ketua Penerangan

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 27 Jun 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »