MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBD Alor Gajah tuan rumah ke-22 program Reach Out MBD & Community

ALOR GAJAH 19 Okt – Reach Out MBD & Community kini berada di Melaka. Siri ke-22 ini dianjurkan oleh MBD Alor Gajah bertempat di Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara Alor Gajah, Melaka.

Antara pengisian yang berlangsung seperti segmen Jumpa dan Cerita yang menampilkan ikon pemimpin belia iaitu Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, Sdr. Mohd Fiza Mohd Fuad dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Masjid Tanah, Sdr. Zaidi.

Delegasi MBM diketuai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Abd Hamid bersama-sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat, Exco MBM Sdr. Mohd Fauzi Fadzil dan Sdri. Jessy Ng.

Turut hadir sama Encik Anazeem Ibrahim, wakil Pengarah JBSN Melaka, Encik Sodikin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan Sdr. Ahmad Faiz Aziz, Pengerusi MGBD Alor Gajah.

Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra dan perasmian penutup oleh YB Datuk V.P. Shammugam a/l Pitchey, Exco Belia dan Sukan Negeri Melaka yang juga merupakan mantan Bendahari Kehormat Majlis Gabungan Belia Melaka.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui Rakan Muda yang menjadi pendokong utama di samping Chery Malaysia dan Belia Mahir yang menjadi rakan strategik utama dalam menjayakan program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »