ST PETERSBURGH 19 Sep – Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin mantan Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM menghadiri program Eurasian Women’s Forum (EWF2024) yang berlangsung dari 18 hingga 20 September 2024 di Istana Taurida, St Petersburg.
Dianjurkan oleh Russia’s Federation Council dan Interparliamentary Assembly of CIS member states, forum ini adalah platform antarabangsa terbesar yang menghimpunkan pemimpin wanita dari semua benua untuk membincangkan peranan mereka dalam dunia moden dan menyelaras pendekatan kepada isu-isu global.
Lebih 1,500 peserta dari 126 negara menghadiri forum tahun ini. EWF bertemakan ‘Women for Strengthening Trust and Global Cooperation’.
Atiqah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pendidikan turut mengadakan pertemuan bersama pelajar-pelajar Malaysia di sini bagi menyantuni mereka selain memperkenalkan mereka mengenai MBM.