MAJLIS BELIA MALAYSIA

Malaysia komited kukuh ASEAN

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bermaksud satu masyarakat yang turut berkongsi perasaan bahawa mereka mempunyai satu identiti sama dan hala tuju strategik serupa di bawah naungan satu pertubuhan serantau yang lebih kukuh dikenali komuniti ASEAN.

Menurutnya, suasana yang aman dalam rantau ini berjaya menarik pelaburan asing bukan saja memberi manfaat kepada Malaysia tetapi juga kepada megara-negara anggota ASEAN sekali gus mewujudkan satu rantau yang makmur dan teguh.

“Institusi yang diterajui ASEAN seperti Sidang Kemuncak Asia Timur boleh menerokai kaedah baru bagi menggalakkan kerjasama serantau terutamanya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) apabila terjadinya satu malapetaka seperti tragedi kehilangan pesawat MH370.

“Pada tahun ini, Malaysia dan dunia bersedih terhadap apa yang terjadi kepada pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan MH370, namun kita (Malaysia) bersyukur apabila mendapat sokongan penuh daripada negara anggota ASEAN yang menghulurkan bantuan ketika Malaysia dilanda tragedi berkenaan,” katanya ketika memberi ucapan perasmian Festival Makanan dan Kebudayaan ASEAN dan Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Belia Malaysia (MBM), di sini, hari ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »