Putrajaya 17 Ogos – Ratusan hadir membanjiri Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman bagi sama-sama menyaksikan Perlawanan Suku Akhir Badminton Lelaki Perseorangan yang dimenangi oleh kepada Dato’ Lee Chong Wei dan Perlawanan Akhir Badminton Beregu Campuran antara MALAYSIA Vs INDONESIA.
Suasana bertambah meriah dengan persembahan Busking, Breakdance dan soalan teka-teki turut diadakan disamping suasana deretan Food Truck yang menjual pelbagai jenis makanan.
Debaran semakin dirasai bila mana perlawanan akhir bermula dengan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan Malaysia YBhg Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017 YBhg Dato’ Seri Zolkple Embong dan Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup…
Keputusan perlawanan akhir badminton Beregu Campuran memihak kepada Indonesia 21-14, 21 -12. Semangat yang jitu atlet negara amat dihargai dan pingat perak milik negara.