MAJLIS BELIA MALAYSIA

Malam Pertukaran MOU UMP Dan MBM

Malam Pertukaran MOU Universiti Malaysia Pahang Dan Majlis Belia Malaysia bersempena Majlis Penghargaan Dan Malam Gemilang UMP Advanced Education telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2016 bertempat di Hibiscus Grand Ballroom Swiss Garden Resort, Kuantan pada pukul 8.00 malam. MBM dihadiri oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff.

Majlis tersebut bermula dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UAE dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMP. Seterusnya adalah Majlis Penyerahan MOU Bersama Fakulti (FIM & FKP) dan  MBM (Majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara UMP dan MBM). Majlis Serahan Mock Cheque – Serahan Tajaan Program CSI kepada JHEPA, PIMPIN dan PNC, PTMK (Projek e-PSH), Serahan Tajaan Research (FIM) dan Serahan Sumbangan Keuntungan (UMP). Majlis Penghargaan kepada Rakan Kerjasama MBE (Rakan Kerjasama), WAP (Rakan Kerjasama) dan ECERDC (Rakan Pembiaya).

Akhir sekali Majlis Makan Malam dan Sesi Bergambar….

 

MBM21315 MBM21317 MBM21319 MBM21321 MBM21332 MBM21335 MBM21338 MBM21341 MBM21342 MBM21344 MBM21352 MBM21353 MBM21356 MBM21365 MBM21370 MBM21371 MBM21372 MBM21387 MBM21389 MBM21393 MBM21398 MBM21402 MBM21408 MBM21410 MBM21422 MBM21428 MBM21434 MBM21439 MBM21443 MBM21449 MBM21459 MBM21461 MBM21462 MBM21467 MBM21471 MBM21476 MBM21479 MBM21489 MBM21494 MBM21498 MBM21514 MBM21515 MBM21526 MBM21539 MBM21544 MBM21551 MBM21559 MBM21563 MBM21575

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »