Kuala Lumpur | 27 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Majlis Makan Malam meraikan delegasi Malaysia International Youth Exchange 2024 (MIYE 2024) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.
Hadir menyampaikan ucapan penutupan program MIYE 2024, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM.
Turut sama dalam majlis tersebut, Dato Syed Osman ; Naib Presiden MBM, Sdr. Syawaludin Abdul Malik ; Exco MBM, Sdri Jessy Nga Chor Eng; Exco MBM.
Majlis turut dihadiri oleh Sdr. Al-Hafizi Abu Bakar; Ahli Dewan Tertinggi MBM merangkap Presiden Persatuan Kelab – Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Dalam majlis tersebut juga, MBM turut menyampaikan cenderahati penghargaan kepada delegasi yang telah menyertai program ini sebagai tanda terima kasih.
MBM berharap dengan program ini juga, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara bagi memastikan kesepakatan negara ASEAN dapat dikekalkan.