AYER KEROH 5 Dis – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2021 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Ames di sini.

Mengekalkan tema “Dekad Ini Dekad Anda” sebagai mesej kepada belia untuk meneruskan kepimpinan negara pada masa kini dan masa hadapan.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.

Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dalam ucapannya menyatakan ‘belia Melaka berbangga kerana ramai pimpinan Negeri datangnya dari keluarga pertubuhan belia’.

Semoga kerjasama antara pertubuhan belia dan pemimpin masyarakat sentiasa erat serta menjadi kekuatan kita bersama. Hadir sama dalam majlis ini Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan kepimpinan MGBM serta gabungannya.

Leave a Reply

Translate »