KUALA LUMPUR 23 Nov – Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM membentangkan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sidang 1, Penggal Ke-33, Sesi 2021-2022 bertempat di EDC Hotel.

Program dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).

Persidangan ini dipengerusikan YBhg. Kapten Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.

Pembentangan ini bagi mendapatkan dapatan akar umbi bagi memperkukuhkan MBPB.

Hadir sama Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Naseer Mohamed dan kepimpinan MBWP.

Leave a Reply

Translate »