SEREMBAN 25 Nov – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Fared Mohd Khalid telah mewakili MBM membentangkan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) dalam Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan yang dipengerusikan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin.

Pembentangan ini bertujuan mendapatkan dapatan akar umbi bagi memantapkan pelaksanaan MBPB.

MPBN merupakan platform kepada belia menyuarakan pandangan secara terus kepada kerajaan melalui jabatan, agensi kerajaan bahkan meraka akan terus menjawab dalam sesi yang sama.

Antara isu menarik dalam sesi ini ialah terhadnya kadar liputan internet di sebahagian lagi kawasan di Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Translate »