BANGI 23 Nov – Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM membentangkan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) dalam Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Selangor Sidang 1 Penggal ke 33 Sesi 2021- 2022 di Bangi Golf Resort.
Persidangan ini dirasmikan dan dipengerusikan oleh YB Tuan Hilman Idham.
Sebanyak 4 usul Belia Selangor dibahaskan di hadapan hampir 100 buah persatuan dan oranisasi belia di Negeri Selangor mencakupi permasalahan belia pasca pandemik Covid-19.
Pada masa yang sama, Belia Selangor bersetuju untuk menubuhkan satu “task force” yang akan menyediakan road map dan pelan tindakan untuk merealisasikan aspirasi generasi muda Selangor bersama sama agensi Kerajaan terlibat.