KOTA KINABALU 25 Nov – Sdr. Mohamad Syafiq Ridzwan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM membentangkan Model MBPB dalam Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri Sabah yang dipengerusikan YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Pembentangan ini bertujuan mendapatkan pandangan akar umbi bagi memperkukuhkan MBPB.

Sdr. Syafiq juga merupakan Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor. Turut hadir sama Sdr. Azuwan Marjan @Norjan Naib Presiden MBM, Sdr. Ahmad Farid Sainuri Presiden Majlis Belia Sabah dan barisan kepimpinannya.

Leave a Reply

Translate »