KANGAR 11 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir ke Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Kompleks DUN Perlis. Majlis dipengerusikan oleh YB Tuan Hamizan Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Perlis.

Banyak isu yang melingkari belia pasca pandemik telah dibincangkan dan bakal diangkat naik ke Majlis Perundingan Belia Malaysia (MPBN).

MBM turut membentangkan kertas kerja Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030 bagi mendapatkan pandangan belia dari seluruh Negeri Perlis.

Pembentangan disampaikan oleh Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Exco MBM. Hadir sama Yang di-Pertua Majlis Belia Negeri Perlis, Sdr. Izan Asmawi Habidan dan kepimpinan belia negeri.

Leave a Reply

Translate »