ALOR SETAR 11 Nov – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim telah mewakili MBM hadir ke Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Starcity Hotel Alor Setar. Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Tuan Ahmad Firdaus, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah.

Banyak isu yang melingkari belia pasca pandemik telah dibincangkan dan akan dibawa ke Majlis Perundingan Belia Malaysia (MPBN). Pada persidangan ini juga Sdr. Hasanul Amir turut membentangkan kertas kerja Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030 bagi mendapatkan pandangan belia dari seluruh Negeri Kedah.

Leave a Reply

Translate »