MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang ll Penggal ke-34 Sesi 2023-2024

Kuala Lumpur | 12 September – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang ll Penggal ke-34 Sesi 2023-2024 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan seterusnya mempengerusikan persidangan tersebut.

MPBN kali ini menampilkan 18 orang pembahas dan mengutarakan tiga usul usul iaitu mengintegrasi pendidikan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif dalam ekosistem belia; memohon kerajaan melaksanakan pendidikan pra-sekolah secara percuma dan memperbanyakkan pra-sekolah di seluruh Malaysia serta mencadangkan penubuhan Akta Kesejahteraan Generasi Masa Depan.

MBPN ditubuhkan sejak 1971 merupakan platform bagi pemimpin belia menyampaikan pandangan serta isu belia kepada kerajaan dalam pelbagai segmen untuk memperkasa dan membangunkan belia Malaysia seluruhnya.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Exco-Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff; Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid; Exco dan Ahli Dewan Tertinggi MBM, Ahli Lantikan Menteri, wakil Kementerian dan Agensi Kerajaan.

Syabas dan terima kasih kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri yang mengendalikan dan mengikuti persidangan ini sehingga akhirnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »