IPOH 21 Januari – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Perak telah berlangsung di Hotel Casuarina Perak. Sidang MPBN Perak dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu Menteri, Belia dan Sukan.
Hadir sama Exco Belia dan Sukan Negeri Perak, Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negri Perak, Jabatan dan Agensi kerajaan Perak, wakil Pihak Berkuasa Tempatan dan kepimpinan dari Majlis Belia Negeri Perak serta gabungannya.
Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diwakili oleh Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM.