KUANTAN 24 September – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Lim Swee Bok telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Mohd Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
Persidangan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Pahang serta wakil-wakil agensi kerajaan dan PBT Negeri.
Hadir sama Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM dan Sdri. Nurliana Muhammad, Exco MBM.