MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perbarisan Penutupan Rasmi PLKN 3.0 Siri 2/2025

KUALA LUMPUR 24 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang dilantik sebagai Ahli Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) telah menghadiri Majlis Perbarisan Penutupan Rasmi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari di Rejimen 515 Askar Wataniah hari ini.

Seramai 444 orang pelatih (Wiramuda) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri dua (2) tahun 2025 berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 11 Mei sehingga 24 Jun 2025. Siri kali ini melibatkan dua buah kem utama, iaitu Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Kem Force 136, Pekan Pahang yang menempatkan 257 pelatih lelaki serta Kem Rejimen 515 (AW) menempatkan 187 pelatih wanita.

Majlis perbarisan tamat latihan ini diadakan secara serentak di dua lokasi berbeza iaitu di Kem Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 (AW).

Sepanjang latihan ini, dua (2) pelatih telah dipilih untuk menyandang Anugerah Wiramuda Ulung iaitu Alleysya Balqis binti Abdullah pelatih wanita dari Kem 515, manakala Bartholomew Thierry Timothy, pelatih lelaki dari Kem 505. Kedua-dua pelatih ini akan diiktiraf sebagai anggota Angkatan Khidmat Negara (AKN).

“Hari ini seramai 444 wiramuda berjaya tamatkan latihan intensif PLKN 3.0 selama 45 hari yang bermula pada 11 Mei lalu di dua kem di Kuantan dan Kuala Lumpur”.

“Melalui program ini, kami berjaya mengenal pasti kecenderungan golongan belia terhadap kerjaya masa depan, termasuk dalam sektor keselamatan dan pertahanan negara”, ujar Adly.

Kementerian Pertahanan menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelatih #PLKN 3.0 kerana telah berjaya menamatkan latihan ini dengan jayanya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »