MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian Outlet Syarikat FTW Ventures Sdn Bhd

PETALING JAYA 14 Mac – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perasmian Outlet Syarikat FTW Ventures Sdn Bhd di pejabatnya di Damansara.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Turut sama dalam majlis tersebut Datuk Hazimah Zainuddin, Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Encik Hairolsham Abu Bakar, Pengarah Urusan FTW Ventures Sdn Bhd.

Syarikat tersebut telah diberikan suntikan pelaburan dana oleh Pernas melalui jenamanya FTW Racing sebagai usaha untuk membantu jenama itu ke arah francais.

Selain itu, syarikat ini juga mendapat kelayakan bagi jenama sukan lasak, Fox Racing untuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »