JOHOR BAHRU 20 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri Hari Belia Negeri Johor dan Festival Orang Muda Johor (OMJ) 21 yang disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di TMIYC Johor Bahru.

OMJ Fest 21 akan diadakan di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di 10 daerah, dengan lebih 80 program bermanfaat untuk belia.

Festival itu akan berlangsung sehingga penghujung Disember dan dijangka dapat menarik sehingga 100,000 penyertaan.

Turut disampaikan anugerah Ikon Orang Muda Johor kepada belia Johor yang cemerlang seperti Najib Asaddok, Shahrol Shiro dan Ustaz Tido.

Turut sama pada majlis ini Menteri Besar Johor YAB Datuk Hasni Mohammad, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Sdr. Mohamed Saleehin dan kepimpinan MBNJ.

Leave a Reply

Translate »