Majlis perasmian Fit Malaysia peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriahnya pada 22 Jun 2019 di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
MBM diwakili oleh Timbalan Presiden MBM; Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Ketua Penerangan MBM; Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah. Turut hadir Dewan Tertinggi MBM; merangkap Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu; Sdr. Amirullah Othman.
Semangat warga Terengganu amat mengagumkan dalam usaha kita menyemai dan mempraktikan amalan bersukan sentiasa dalam kalangan rakyat Malaysia.