MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Pelepasan Peserta Program – Program Inisiatif Malaysia – China Institute (MCI)

Kuala Lumpur | 17 Julai – Telah berlangsung Majlis Pelepasan Peserta Program – Program Inisiatif Malaysia – China Institute (MCI) yang dianjurkan oleh Belia Mahir bertempat di Hotel Berjaya Time Square.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh, YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut sama, YB Tuan Hj Manndzri Hj Nasib; Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia-China Institute dan Sdr. Rizan Hasan; Ketua Projek Belia Mahir.

Hadir mewakili MBM dalam majlis tersebut, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung.

Melalui Projek Belia Mahir dengan kerjasama TANG International Education Group (China), seramai 56 orang daripada 3 kumpulan berbeza iaitu pelatih TVET, tenaga pengajar TVET dan pekerja industri dihantar ke China bagi mengikuti latihan kemahiran teknologi tinggi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »