MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET

SEREMBAN 2 Julai – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Fairos Bin Rusli telah mewakili MBM menghadiri Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Program bertempat di Gemilang Motor Academy, Seremban.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Program kelolaan Projek Belia Mahir ini melibatkan 20 orang belia berkemahiran terpilih yang akan menjalani latihan Teknologi Electric Vehicle (EV) di Tangshan Polytechnic College, Beijing.

Tahniah Sdr. Mohammad Rizan Hassan dan PKPB atas usaha memartabatkan belia berkemahiran untuk belajar dan mengambil kemahiran di negara maju seperti China ini dalam memastikan belia kita tidak ketinggalan dalam pembangunan kemahiran.

Hadir sama Encik Zul Fadhli Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan; Encik Rasana Mahamad Ali, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran dan Puan Saliza Saari, Director-People Productivity MPC.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »