MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MBM dan SDG Youth

KUALA LUMPUR 11 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungannya telah hadir menjayakan penganjuran The Malaysian Youth SDG Summit 2022 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) baru-baru ini.

Membawa tema ‘Localising SDGs’, program ini dianjurkan bersama IYC dan disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) serta Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Antara matlamat penganjurannya adalah untuk memperkasakan belia tempatan melalui sesi perkongsian ilmu dan idea yang menarik berkaitan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Pada program ini juga telah berlangsung sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBM dengan SDG Youth. MBM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Antara pimpinan badan gabungan MBM yang terlibat ialah Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Junior Chamber International Malaysia (Jci Malaysia), MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம், Majlis Belia Selangor dan Majlis Belia OKU Malaysia.

MBM mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya IYCMalaysia atas undangan dan kerjasama ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »