Indonesia | 9 November – Semalam Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Makan Malam Silaturahim bersama Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Provensi Kepulaun Riau (KEPRI) bertempat di Golden Prawn Bangkok Laut, Batam.
Hadir dalam majlis tersebut Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM , Sdr. Azman Azeez ; Naib Presiden, Sdr. Gobi Kumaran; Naib Presiden, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Izham Ahmad; Bendahari Kehormat MBM dan Sdr. Iqmal Mahadi ; Penolong Bendahari Kehormat MBM.
Turut serta presiden dan wakil Majlis Belia Negeri (MBN) seramai 18 orang.
Menyambut ketibaan delegasi MBM, Sdri. Dewi Socowati Endang; Presiden KNPI Provensi KEPRI bersama barisan jawatankuasanya.
MBM merakamkan ucapan terima kasih kepada KNPI Provensi KEPRI atas sambutan majlis makan malam bersama delegasi MBM.
Semoga dengan persahabatan antara dua negara serumpun khususnya berkaitan belia terus diperkukuh.