KOTA BHARU 21 Januari – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (Pemilihan) Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan yang masing-masing disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri dan Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Turut sama hadir Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Haji Ahmad Yakob, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Ini merupakan penggal terakhir YB Mohd Syahbuddin sebagai Presiden MAYC yang juga merupakan Pengerusi Tetap MBM.

Leave a Reply

Translate »