Kuala Lumpur | 22 Ogos – Telah berlangsung Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali ke-7 tahun 2024 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya bertempat di Dewan Kampo Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Kuala Lumpur.
Seramai 200 orang graduan dari pelbagai kolej dan bidang kemahiran menerima Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran Malaysia.
Dalam majlis ini juga, YB Timbalan Menteri menyampaikan Anugerah Terampil Cemerlang 2024 dan Anugerah Khidmat Bakti Terpuji Belia Mahir 2024.
Turut serta, YB Tuan Haji Manndzri Hj Nasib; Pengerusi Risda merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia- Chine Institute, YB Mohd Syahbuddin Hashim; Penasihat Persatuan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) dan Encik Sdr. Mohd Zaidi Aziz; Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB).
Hadir sama Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Fadzli Hasan; Pengerusi Tetap MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM.
Ketibaan para tertamu disambut oleh Sdr. Mohd Shoubli Jamal; Pemangku Presiden BELIA MAHIR dan Sdr. Rizan Hasan; Ketua Projek Belia Mahir.
Untuk rekod, Belia Mahir adalah kesinambungan program 1Belia 1Kemahiran MBM pada tahun 2016 bertujuan menyantuni kelompok belia tercicir dan latihan berkemahiran untuk laluan kerjaya masa hadapan.
Semoga mereka terus menjadi insan yang hebat, membantu rakan-rakan seusia dan menyumbang kembali kepada masyarakat.