MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Iftar Perpaduan Belia Selangor Erat Silaturahim dan Semangat Perpaduan

Kuala Selangor | 16 Mac – Majlis Iftar Perpaduan Belia Selangor anjuran Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) telah berlangsung dengan meriah di De Palma Resort, Kuala Selangor. Majlis ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan belia serta menyemai semangat perpaduan dalam komuniti.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, telah hadir merasmikan majlis tersebut.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden MBM, Sdr. Azman Azeez, serta Setiausaha Agung MBM, Sdr. Farhan Rosli.

Ketibaan tetamu disambut oleh Presiden MBS, Dato’ Imran Tamrin, bersama barisan kepimpinannya.

Turut memeriahkan majlis ialah Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin, yang turut menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkukuh perpaduan belia di negeri ini.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan belia untuk berkumpul dan beramah mesra dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, malah ia juga berfungsi sebagai platform bagi mengukuhkan kerjasama antara pelbagai pihak dalam usaha membina masyarakat yang lebih harmoni.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »