MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Iftar Muhibbah Belia Madani 2025 Semarakkan Perpaduan Di Kelantan

Kota Bharu | 25 Mac 2025 — Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Iftar Muhibbah Belia Madani 2025 peringkat negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK), bertempat di Dataran UNITAR.

Program bermula dengan forum Kenegaraan Malaysia MADANI yang menampilkan tiga ahli panel berwibawa iaitu YBrs En. Vijayakumar, Presiden Pertubuhan Hindu Sanggam Kelantan; Ustaz Faisal Abdullah, Pengerusi WADAH Kelantan; dan YBrs Encik Mohd Dahri bin Zakaria, Timbalan Pengarah AKM Negeri Kelantan.

Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dr. Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama, yang turut menyeru para belia untuk terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mewakili MBM dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung MBM, Sdr. Farhan Rosli.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs Pn. Zuryati binti Zakaria, Pengarah AKM Negeri Kelantan; YBrs Pn. Zarina binti Zakaria, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan; YBrs Hj. Ramlan bin Omar, Pengurus UNITAR Kampus Kota Bharu; YBrs. Pn. Naziah binti Dolah, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; serta Sdr. Mohd Syahiran bin Muhammad, Presiden MBNK.

Majlis Iftar Muhibbah ini berjaya menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia MADANI yang bersatu padu, progresif, dan inklusif.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »