KUALA LUMPUR 22 Mac – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili MBM menghadiri undangan Majlis Hi-Tea bersama Pemegang Taruh dan Pihak Berkepentingan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang berlangsung di Dewan Kampo, IYC Cheras.
Majlis ini bertujuan untuk mempromosikan hala tuju pelaksanaan program pembangunan belia, fasiliti dan kemudahan IYC serta memberi taklimat berkenaan kemudahan pengecualian cukai bagi dana program pembangunan belia IYC.
MBM sebagai rakan strategik kepada IYC sejak dahulu lagi komited secara bersama membangunkan program-program pembangunan belia baik di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa.
Hadir sama Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.




