MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Apreasasi dan Perasmian MPAT kali ke-26 Majlis Belia Sabah

KOTA KINABALU 3 Feb – Telah berlangsung Majlis Apreasasi dan Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-26 Majlis Belia Sabah di Hotel Sutera Pan Pacific.

Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmy Yahya.

Pada majlis tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah dianugerahkan Pingat Bintang Belia Perkasa (BBP) selain beberapa pemimpin dan mantan kepimpinan Majlis Belia Sabah yang lain.

Penganugerahan ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pemimpin dan mantan pimpinan belia yang telah banyak memberi sumbangan dan komitmen pembangunan generasi belia di Sabah.

Hadir sama Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah; Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Datuk Andi Suryady, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah; Sdr. Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah; pimpinan dan gabungan Majlis Belia Sabah.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan Majlis Belia Sabah atas penganjuran majlis yang gemilang ini.

Sabah terus maju!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »