MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir 2024

PUTRAJAYA 13 Nov – Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir 2024 bertempat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Majlis penyampaian anugerah ini disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof diiringi Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong.

Lebih 1,500 penggiat kemahiran dari agensi awam dan swasta seluruh negara hadir memeriahkan majlis.

Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun turut hadir ke majlis ini.

Semoga penganugerahan ini meningkatkan martabat TVET sebagai penyumbang sumber tenaga kerja yang kompeten dan berkemahiran kepada negara.

Tahniah kepada semua pemenang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »