MAJLIS BELIA MALAYSIA

LMK Zon Utara berlangsung dengan jayanya setelah tertangguh akibat PKP

JITRA 6 Nov – Setelah tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Program Literasi Media Kreatif Zon Utara berjaya dilaksanakan kembali dengan jayanya.

Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pemimpin belia Majlis Belia Negeri dan Daerah, Malaysia Gold Award Association (MAAGA), pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah melibatkan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menyertai program ini bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra.

Program berlangsung dua hari ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN).

Objektifnya bertujuan menambah ilmu peserta dalam memanfaatkan teknologi aplikasi media sosial bagi mengadaptasi platform ini untuk belia dan masyarakat juga di dalam kerjaya. Antara segmen pembelajaran di dalam program ini adalah ‘Creative Content’, ‘Video Apps’ serta kerja lapangan melalui task penghasilan video berdasarkan tema diberi.

Bengkel dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman Haji Ainol Amriz, Penerbit Utusan TV.

Hadir sama Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Pegawai JBSN, Puan Shaliza.

Antara pengisian program ini slot ‘Interaksi Ikon’ bersama dua orang penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2021; Sdr. Mohd Adib Anas, Tokoh Belia Negara 2021/ Ketua Penerangan GPMS Kebangsaan dan Sdr. Mohammad Shafizal Mohamad Safee, Anugerah Emas Remaja Perdana / Penolong Setiausaha MBN Kedah.

Sesi pagi diisi dengan bual santai ‘belia dan pengekangan berita palsu’ bersama Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Kedah, Puan Norazlina Nordin serta sesi Interaksi bersama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Majlis penutup dan penyampaian sijil dilakukan oleh Yang di-Pertua Majlis Belia Negeri Perlis, Sdr. Izan Asmawi Habidan.

Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat kepada peserta seterusnya dipraktikkan untuk kebaikan jabatan, organisasi khususnya generasi muda. Program ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan di antara organisasi belia dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Turut sama Ketua Penerangan MBM merangkap Ketua Penyelaras Program, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Pegawai JBSN yang memantau, Puan Shazliza.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »