SOUTH DAKOTA 21st September – Peserta “Let Leaders Lead” dibawa melawat “Thunder Valley” sebuah pusat pembangunan belia dan komumiti kaum pribumi Red Indian Amerika.
Pusat ini menyediakan ruang (space) kepada belia dan masyarakat pribumi untuk berkumpul dan merancang demi masa depan masyarakat pribumi yang lebih baik.
Thunder Valley dilengkapi kemudahan dan fasiliti yang lengkap termasuk dewan komuniti, kawasan pertanian dan perumahan. Ia merupakan pusat belia dan komuniti yang unik tambahan pula majoriti penduduk setempat merupakan anak-anak muda kaum pribumi Red Indian.