PETALING JAYA 2 Nov – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah membuat lawatan muhibbah ke Pejabat Boys’ Brigade Malaysia bagi mengenali lebih mendalam gerak kerja badan gabungan berasaskan pakaian seragam ini.
Kunjungan ini merapatkan lagi jalinan kerjasama antara MBM dan badan gabungan. Delegasi MBM disambut oleh Sdr. Nicholas Yeap dan barisan eksekutifnya.
Turut sama daripada delegasi MBM ialah Presidennya, Sdr. Jufitri Joha Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Datuk Syed Osman dan Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim.