Majlis Belia Malaysia (MBM) Menyokong Usaha Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Penghapusan Penyeksaan dan Lain-lain Kekejaman/Hukuman Tidak Berperikemanusiaan dan Layanan Tidak Adil
Majlis Belia Malaysia telah hadir atas jemputan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 08/07/2019 ke SUHAKAM’S REGIONAL DIALOGUE ON THE UNITED NATIONS CONVENTION AGAINST TORTURE AND OTHER CRUEL INHUMAN AND DEGRADING TREATMENT OR PUNISHMENT (UNCAT) bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
Program sehari tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta kepada komitmen Malaysia khasnya yang secara berterusan mendokong prinsip keadilan sejagat termasuk menilai dari semasa ke semasa kewujudan layanan/hukuman terhadap mana-mana pihak yang boleh dikategorikan sebagai penderaan ataupun termasuk di dalam kelompok tidak berperikemanusiaan dan menindas.
MBM memperakui bahawa terdapat sebilangan negara di dunia yang masih mengamalkan konsep sebegini di dalam pentadbiran hukuman mahupun layanan kepada anggota masyarakatnya.
Atas semangat keadilan sejagat, MBM menyeru agar kefahaman berhubung perkara ini dapat diperluaskan kepada pihak pemerintah dan masyarakat umum khasnya agar sikap menindas dan menyeksa dalam apa jua bentuk layanan dan hukuman dapat dihapuskan.
Namun, MBM juga mengambil maklum bahawa sensitiviti dan keperluan setempat perlu juga diambil kira sebelum UNCAT ini dapat diperluaskan perlaksanaannya.
Disediakan oleh:
Mohd Fared Bin Mohd Khalid
Pengerusi Biro Undang-Undang Advokasi dan Hak Asasi
Majlis Belia Malaysia
Bertarikh : 8 Jun 2019